Cara-cara mengambil Lesen GDL Vokasional

Kebanyakannya mereka yang mengambil lesen GDL ini adalah dari pekerja-pekerja Syarikat yang ingin mendapatkan Lesen Memandu Vokasional GDL (Goods Driving License). Dengan mempunyai lesen Kereta Manual (D) tidak bererti anda boleh membawa semua jenis kenderaan. Ia adalah syarat yang paling penting untuk mendapatkan lesen GDL Vokasional. Tetapi perlu diingatkan bahawa hanya lesen kereta manual sahaja dibenarkan bukan lesen kereta automatik. 

Secara ringkasnya lesen memandu vokasional adalah suatu lesen yang membenarkan pemandu membawa kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam. Lesen ini dikeluarkan kepada pemohon yang telah memiliki lesen memandu kompeten (pemohon lesen konduktor tidak disyaratkan memiliki lesen memandu) dan lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Hanya pemandu-pemandu yang memiliki lesen khas GDL sahaja yang boleh memandu kenderaan tersebut.

Syarat -Syarat Permohonan Lesen Vokasional

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D
  • Berumur 21 tahun ke atas bagi lesen vokasional
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
  • Lulus Pemeriksaan perubatan Borang JPJL8A
  • Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
  • Lulus dalam ujian teori

Jika pemohon mempunyai lesen memandu kelas 'E' dan ingin memiliki lesen GDL bersendi, anda perlu menjalani latihan amali dan lulus dalam ujian amali tersebut.

Bagi yang bukan warganegara Malaysia, JPJ melarang mereka mengambil lesen GDL. Ia hanya dikeluarkan kepada warganegara dan penduduk tetap di negera ini yang menggunakan kenderaan untuk berniaga manakala warga asing hanya akan diberikan Lesen Memandu Kompeten (CDL) untuk melayakkan mereka memandu.

Dokumen yang diperlukan

  • Kepingan fotostat Kad Pengenalan
  • Kepingan lesen memandu
  • 2 Keping gambar passport (berlatar belakang putih)
  • Borang JPJ L8A lengkap (yang hendak di isi doktor)
  • Resit doktor yang rasmi

Disini kami berikan beberapa langkah mudah dan cepat dengan hanya 3 minggu sahaja proses untuk mendapatkan lesen vokasional GDL.

Langkah 1 : Download borang JPJL8A (Warna Pink) di website jpj atau boleh dapatkan di Kaunter Metro Driving Academy dengan hanya RM2.00

Langkah 2 : Buat medical check up di mana-mana hospital atau klinik swasta/kerajaan yang diiktiraf dengan menggunakan borang tadi. Simpan resit doktor sekali setelah selesai untuk bukti pendaftaran.

Langkah 3 : Hubungi pengawai pemasaran atau datang ke kaunter Metro Driving Academy untuk pendaftaran dan pembayaran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Langkah 4 : Hadir Ceramah Teori ( 7 jam). 5 jam Kursus Teori Metro Driving Academy dan 2 jam untuk Kursus Teori JPJ.

Langkah 5 : Dikehendaki menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus, dan markah lulus 42/50.

Langkah 6 : Bawa Dokumen Lulus ujian untuk proses membuat lesen GDL di Metro Driving Academy

Apabila ujian lisan GDL anda lulus, anda layak mengambil lesen ujian memandu Lori, (Jenis kelas E)

2 thoughts on “Cara-cara mengambil Lesen GDL Vokasional”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *