Cara Semak & Bayar Saman JPJ / POLIS

Pernah terfikir bagaimana cara nak semak saman anda jika mempunyai saman tertunggak JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Automated Enforcement System (AES)? Jawapan dia BOLEH!! Bukan sekadar semak saman sahaja malah anda juga boleh membuat pembayaran online juga. BESTNYA!! Tak payah beratur panjang-panjang di kaunter dah. Ini antara cara yang boleh anda cuba untuk menyemak dan membayar saman hanya di hujung jari anda. 

Cara Semak Saman ONLINE :-

Ada LIMA CARA macam mana untuk semak SAMAN ONLINE iaitu :-

1 – Semak saman melalui MYEG

Terdapat banyak servis yang ditawarkan oleh MYEG antaranya ialah, semak saman JPJ, Polis, AES dan juga servis memperbaharui insurans kenderaan. 
Cara untuk semak saman adalah sangat mudah :- 

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian Daftar Akaun untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan, (bagi penguna yang sudah ada akaun, sila LOGIN mengunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini. 
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada mahu semak saman PDRM / JPJ atau AES.
  4. Kemudian masukkan butiran yang diperlukan dan paparan saman akan dikeluarkan. 
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran ONLINE. 
MYEG juga menyediakan perkhidmatan menghantar peringatan ke email sekiranya terdapat saman baharu buat pengguna.
 

2 – Semak & Bayar saman melalui JPJ & AES

JPJ – Rekod notis / saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya. 
AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas mengunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakan imej kesalahan menggunakan kamera (gambar & video)

Untuk membuat semakan saman JPJ / AES tanpa perlu register, anda boleh layari laman web Portal Rasmi JPJ untuk membuat semakan : –

  1. Layari laman Portal Rasmi JPJ di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  2.  Klik menu Dropdown ‘Pilihan Carian’ untuk memilih kaedah carian sama ada mengunakan No Kad Pengenalan (ID) sahaja atau No ID dan No Kenderaan sahaja
  3.  Kemudian pada ‘Kategori ID’ sila pilih jenis pengenalan diri. CONTOH: ‘Orang Awam Malaysia (MYKAD).
  4. Masukkan No ID atau No ID & No Kenderaan.
  5.  Masukkan No Sekuriti ( CAPTCHA) dan klik butang ‘SEMAK’

Keputusan semakan akan dipaparkan disebelah bawah, di bawah tajuk ‘Hasil Carian’. Semakan hanya akan memaparkan saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ dan AES sahaja. 

  *- Cara membayar Saman JPJ

 Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua saman iaitu saman yang boleh dikompaun / saman yang tidak boleh dikompaun. 
  • Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam slip saman tersebut.
  • Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah seperti yang telah ditetapkan di dalam notis saman.
Dimana hendak Membayar SAMAN? 
Saman JPJ / AES boleh dibayar di tempat berikut :-
  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan juga Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan e-Services.
Cara-cara Pembayaran Saman.
a) Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa       bersama-sama dokumen berikut:
b) Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran. 
c) Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama salinan saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran. 
d) Bayaran boleh dibuat secara tunai. 
e) Bayaran juga boleh dibuat melalui Wang Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
f) Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Services. 

Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun yang diberi. Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ. 

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1, bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut :- 

  1. http://www.eservices.com.my
  2. http://www.rilek.com.my
  3. http://www.myeg.com.my

3 – Semak dan Bayar saman melalui RILEK e-Service

Portal ini adalah untuk menyemak dan juga boleh membuat pembayaran saman trafik yang dikeluarkan oleh PDRM atau JPJ. Di portal ini juga anda boleh semak status insolvensi dan saman DBKL. 

  1. Layari Portal RILEK di http://www.rilek.com.my/
  2.  Sila daftar akaun terlebih dahulu jika anda ialah penguna baharu.
  3.  Log Masuk mengunakan nama (username) dan kata laluan (password) yang telah didaftarkan.
  4. Klik pada menu ‘Search By’ dan pilih semak, samada saman JPJ / PDRM.
  5.  Masukkan maklumat yang diminta dan kemudian tekan butang ‘NEXT’
RILEK juga menyediakan pembayaran secara online melalui Perbankan Internet termasuk Maybank (M2U), CIMB Clicks, Public Bank, RHB dan sebagainya.   
 

4 – Semak dan Bayar saman melalui SSO-PDRM

 Portal Sistem Semakan Online (SSO) disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis seperti semakan Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik. Selain itu, anda juga boleh menyemak status saman dan status pengambilan Jawatan Kosong PDRM yang terkini. 

  1. Layari Portal SSO : http://sso.rmp.gov.my/
  2. Sila daftar akaun terlebih dahulu jika anda ialah penguna baharu. 
  3. Log Masuk mengunakan nama (username) dan kata laluan (password) yang telah didaftarkan.
  4. Klik pada ikon ‘Status Saman’ untuk membuat semakan saman ke atas Nombor Kad Pengenalan ataupun No Plat Kenderaan anda. 

5 – Semak Saman Trafik melalui SMS

Caj perkhidmatan 15sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20sen untuk setiap penerimaan mesej. 
Berikut adalah cara untuk menyemak saman trafik melalui SMS :-

 

 *Semak SAMAN PDRM melalui SMS :-

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728
    Contoh : – POLIS SAMAN 880525015432 atau 
                      POLIS SAMAN WEP2019

*Jika inginkan jawapan yang terperinci, taipkan mesej seperti berikut :-

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan]<jarak>EMAIL pada telefon dan hantarkan SMS ke 32728
    Contoh : – POLIS SAMAN 880525015432 fzlnhshm@gmail.com

Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.

*Semak SAMAN JPJ melalui SMS :-

  • JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888
    Contoh : – JPJ SAMAN 880525015432 atau 
                      JPJ SAMAN WEP2019
Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak dari dimasukkan kedalam senarai hitam JPJ & PDRM. 
 
 

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *