Pemasangan Cermin Gelap/Window Tint Film

Seperti dimaklumkan pada bulan Mei yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan pembaharuan garis panduan kenderaan semasa, yang telah disemak semula pada bulan Februari 2016 apabila peraturan yang dikemaskini di bawah Peraturan Kenderaan Bermotor (Larangan Beberapa jenis kaca) (Pindaan) 2016 menggantikan peraturan 1991 sebelumnya iaitu, peraturan menetapkan bahawa peratusan transmisi cahaya minimum (VLT) untuk cermin depan utama kenderaan adalah 70%, untuk cermin tepi kiri & kanan pemandu pula ialah 50%, manakala untuk cermin belakang serta cermin kiri & kanan (penumpang belakang) ialah 30%.

 

Untuk peraturan baru yang telah ditetapkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Pengunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang belakang serta cermin belakang kenderaan. 

Ia bermakna, cermin belakang, cermin sisi kiri dan kanan (penumpang belakang) boleh digunakan lapisan filem/cermin gelap hitam sepenuhnya, berbanding peraturan dahulu yang menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30%. 

Tetapi INGAT! Kadar ketelusan cahaya tampak bagi Bahagian Cermin Depan dan Cermin Kiri & Kanan Pemandu, masih kekal kadar ketelusan cahaya 70% dan 50% seperti peraturan sedia ada. 

Syarat ini dikenakan bagi semua pemilik kenderaan persendirian sahaja ( kereta sendiri bukan kereta syarikat). 
– Cermin Depan – 70%
– Cermin Sisi Depan – 50%
– Cermin Belakang & Sisi Belakang – Tiada had. 

* Peratusan di atas ialah tahap telus atau tembus cahaya ya korang, BUKAN peratus untuk gelap. Jika 70%, maka kadar gelap dibenarkan hanyalah 30% sahaja tak lebih. Harap Maklum.

 

RM 50 CAJ DIKENAKAN.

Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap (sama ada menerusi penggunaan lapisan filem atau penggunaan kaca yang lebih gelap) yang menjadikan peratusan cahaya tampak adalah kurang berbanding peraturan ( atau lebih gelap) ats sebab-sebab yang khursus seperti faktor keselamatan / faktor kesihatan. 

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan diatas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Manakala setiap permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan fi sebanyak RM5,000. Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh selama dua tahun sahaja. Individu yang telah diluluskan bagi pengunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku itu tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonannya. 

Peraturan baru ini juga turut terpakai untuk pemandu perkhidmatan E-Hailing seperti Grab / Uber.

 Anthony Loke juga berkata ” Dengan pindaan VLT pada cermin kiri & kanan di bahagian penumpang serta cermin belakang kenderaan, ia akan membolehkan orang ramai untuk menggunakan cermin yang lebih gelap berbanding peraturan semasa. Maka, ketetapan baharu ini tidak akan lagi menimbulkan keperluan kepada majoriti pemilik kenderaan sedia ada untuk menggunakan cermin yang lebih gelap daripada yang telah ditetapkan.”

Dalam masa yang sama, Loke turut menegaskan, penggunaan lapisan filem / cermin yang lebih gelap dibahagian cermin tepi kiri & kanan serta cermin hadapan pemandu akan mengganggu keupayaan pemandu untuk melihat dan mengawal kenderaannya dengan selamat serta meningkatkan risiko berlakunya kemalangan terutamanya dalam keadaan waktu kurang cahaya sama ada disebabkan oleh hujan / pemanduan di waktu malam. 

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *