SOALAN - SOALAN LAZIM

Ini adalah senarai pendek dari soalan-soalan kami yang paling kerap ditanya oleh calon. Untuk maklumat lanjut mengenai Metro Driving Academy, sila hubungi nombor kami di talian 03-78459898 (Subang Campus) 03-80618989 (Puchong Campus)


Kita ada 2 kampus utama iaitu Metro Driving Academy Subang HQ & Metro Driving Academy Puchong HQ.

1) METRO DRIVING ACADEMY HQ (KAMPUS SUBANG) ‘MDAS’ 
Lot 3509, Seksyen U6, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

2) METRO DRIVING ACADEMY HQ (KAMPUS PUCHONG) ‘MDAP’ 
Lot 3579 Jalan Akademi Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor


Untuk info anda, kami beroperasi selama 7 hari seminggu. 
Waktu operasi kami adalah : Isnin hingga Ahad (8.00 pagi – 4.00 petang)


Maaf, kami tidak beroperasi melalui cawangan atau ejen. Tetapi kami dapat menyediakan perkhidmatan ulang-alik pengangkutan dari tempat pengambilan terpilih kami yang berdekatan dengan lokasi anda. Kampus kami terletak hanya di Kampus Subang dan Kampus Puchong.


Ya, kami menyediakan perkhidmatan ulang-alik pengangkutan dari tempat pengambilan terpilih kami yang berdekatan dengan lokasi anda. Dan juga servis pengangkutan dari rumah (bayaran tambahan). Sila klik link ini untuk maklumat lebih lanjut ➜ PICK UP PERCUMA

                     

 


                                              

 

  • Lesen Motorsikal/Superbike – 16 tahun dan ke atas.
  • Lesen Kereta – 17 tahun dan ke atas.
  • Lesen Vokasional – 21 tahun dan ke atas.


Perbezaan jika anda memiliki kereta automatik (DA), anda hanya dibenarkan memandu kereta transmisi Automatik di jalan raya. Lesen memandu anda tidak boleh ditingkatkan menjadi lesen kenderaan berat (lori, bas & lain-lain). Untuk lesen kereta Manual (D), anda boleh memandu untuk kedua-dua kereta transmisi Automatik & Manual. Lesen memandu anda boleh ditingkatkan menjadi lesen kenderaan berat (lesen vokasional)

Berkuat kuasa 15 September 2023, mana-mana individu yang pada masa ini mempunyai sama ada kelas motosikal atau lesen memandu kereta (LMM) yang berhasrat untuk mendapatkan LMM dalam kelas berbeza daripada lesen sedia ada mereka dikecualikan daripada mengikuti kursus KPP01 dan ujian teori untuk kali kedua.

Sebagai contoh, seseorang yang telah lulus ujian teori KPP01 untuk lesen motosikal tidak perlu melakukan KPP01 lagi apabila menguji lesen memandu kereta, dan begitu juga sebaliknya.

Calon bagaimanapun masih perlu menjalani latihan berkaitan ujian KPP02 (amali, di litar) dan KPP03 (amali, atas jalan) di institusi pemanduan bagi kelas kenderaan masing-masing (motosikal dan kereta). Syarat kelayakan umur untuk lesen kekal tidak berubah pada umur 16 tahun untuk lesen motosikal dan 17 tahun untuk lesen memandu kereta.


Ya boleh. Sekiranya anda sudah mempunyai Lesen Motosikal (B2), anda boleh naik taraf ke Lesen Superbike (B-Full). Anda boleh pergi ke JPJ dan mohon lesen ‘L’ Bfull. Setelah anda mempunyai lesen ‘L’, anda boleh mendaftar dengan kami untuk mendapatkan harga diskaun.

Metro Driving Academy hanya menawarkan Pakej Sehingga Lulus.

✔ Tempoh Selesai Kursus – 3 hingga 4 bulan Sahaja (tertakluk terma dan syarat)
✔ PERCUMA – 3x Percubaan Ujian Teori Komputer
✔ PERCUMA – Ulangan Ujian Praktikal JPJ TANPA HAD sehingga LULUS.
✔ PERCUMA – 2x Ulangan Latihan Praktikal ( untuk percubaan ke-2 & ke-3 Ujian Praktikal JPJ )
✔ PERCUMA – Insuran P.A RM20,000 untuk tempoh setahun
✔ PERCUMA – PENGANGKUTAN* ( dari lokasi yang tertentu )
✔ PERCUMA – Helmet & Jaket Keselamatan Baru ( Untuk pakej B2 atau B-Full )
✔ PERCUMA – LESEN L & P
✔ PERCUMA – Makanan dan Minuman Sepanjang Kursus
✔ Kenderaan Latihan & Ujian – Proton IRIZ (Automatik & Manual) untuk Keselesaan & KESELAMATAN yang lebih mantap untuk pelajar-pelajar kami.
✔ Motosikal Latihan & Ujian – B-Full : Kawasaki Z650 / B2 : Honda EX5
✔ Tiada senarai menunggu untuk Ujian Praktikal JPJ
✔ CIKGU MEMANDU Lelaki & Wanita yang berpengalaman
✔ Pemenang Anugerah – Akademi Memandu Terbaik & Akademi Memandu Peringkat 5 Bintang oleh JPJ Malaysia & MIROS Malaysia


Sekiranya anda Pelajar Antarabangsa atau Orang Asing, anda perlu memastikan bahawa passport dan visa anda sah sekurang-kurangnya 6 bulan akan datang. Akan tetapi dengan visa pelancong, anda tidak boleh mengikuti kursus lesen di Malaysia. Anda mesti mempunyai visa bekerja / visa pelajar.

Metro Driving Academy tidak menawarkan sebarang pakej lesen kopi O / lesen terbang atau melantik mana-mana agen bagi urusan lesen memandu. Segala urusan perlesenan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Segala urusan, latihan dan ujian praktikal adalah melalui dan diadakan di Kampus Metro Driving Academy (Subang dan Puchong)

Semua pihak dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran mendapatkan lesen memandu tanpa ujian dan menawarkan sebarang perkhidmatan yang jauh lebih murah dari pasaran. Seandainya anda memiliki lesen tidak sah, anda akan dikenakan tindakan undang-undang 


Etika Pakaian mesti dipatuhi oleh semua calon setiap kali mereka berada di kampus kami. Pastikan anda mengikuti panduan yang diberikan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.


Kelas Pertama adalah Kursus Teori (KPP01) + Ujian Teori (Komputer) + Ujian Praktikal (JPJ), hanya 3 kelas ini jadualnya tetap. Bagi kelas praktikal DI DALAM LITAR (KPP02) & kelas praktikal di JALANRAYA (KPP03), ia adalah fleksibel tetapi bergantung pada jadual kekosongan cikgu jurulatih kami.


Anda boleh membuat pembayaran pada hari pertama Kelas Teori KPP-01 anda atau anda juga boleh membuat pembayaran atas talian menggunakan JomPAY. JomPay adalah salah satu kemudahan pembayaran ONLINE yang disediakan oleh Metro Driving Academy. Bayaran ansuran akan lebih mudah dengan JomPay selain membayar dengan wang tunai dan kad kredit.

Kelas boleh dimulakan sebaik sahaja anda booking tempat dan tarikh yang telah disahkan oleh pengawai khidmat pelanggan kami. Sila pastikan dokumen semua lengkap untuk mengelakkan kesulitan.

Ya, anda boleh mendaftar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan atau kesulitan pada musim puncak (terma & syarat). Pengurus wakil kami akan menghubungi anda kembali untuk maklumat lebih lanjut.

Tempoh Kursus 3 hingga 4 Bulan. Bergantung pada kekosongan jadual guru memandu.

  • 2x fotokopi pengenalan diri anda (nric, i / d, passport)
  • 2x fotokopi lesen anda (Sekiranya ada)
  • Pendaftaran pembayaran
  • 2x gambar ukuran passport/lesen dengan latar belakang putih
  • Ikuti garis panduan kod pakaian
  1. Kehadiran ke kelas KPP-01 adalah wajib. Kehadiran akan diambil melalui kaedah thumbprint. Jika anda tidak thumprint, kehadiran anda tidak dikira dan anda perlu mengulangi kelas tersebut.
  2. Tidak boleh wakilkan orang lain menggantikan tempat anda untuk menghadiri kelas KPP-01


KAMPUS SUBANG

Hari: SETIAP Sabtu & Ahad
Masa: 10.00 Pagi – 4.00 Petang

KAMPUS PUCHONG
Hari: SETIAP Sabtu & Ahad
Masa: 10.00 Pagi – 4.00 Petang

Tiada jaminan lulus ujian sekiranya anda tidak membaca dan mendengar sewaktu kelas KPP tetapi dengan pakej kami anda diberi PERCUMA 3 KALI Percubaan untuk Ujian Komputer. Sila baca buku yang diberikan dengan mendalam dan elakkan pergi ujian tanpa persediaan rapi. Anda boleh mendapatkan Soalan KPP apps di google play untuk  menjawab soalan KPP.

Perhatian Kepada Mereka Yang Ada Masalah Di Bawah:-

✔ Masalah pembelajaran
✔ Gagal ujian komputer lebih dari 3 kali
✔ Gagal ujian lisan
✔ Pemegang kad OKU(masalah pembelajaran)
✔ Buta huruf dan tak boleh membaca

1. Pergi pejabat JPJ ambil borang ‘Permohonan Uijan Undang-Undang Jalan Raya (bahagian 1) Lisan bagi Calon Buta Huruf.

2. Hadiri Kursus (KPP-01) selama 6 jam.

3. Bawa dokumen yang diperlukan ke JPJ untuk tempahan Ujian Lisan bagi Undang-Undang Jalan Raya.


Isnin – Rabu:
9.00 pagi – 4.00 petang  (dengan pengangkutan)

Sabtu & Ahad: 9.00 pagi – 4.00 petang (pengangkutan tidak disediakan pada hujung minggu)

Lesen ‘L’ sah hanya 2 tahun sahaja. Bermula dari tarikh anda mengikuti Kursus Teori Pertama (KPP-01). Anda boleh memperbaharui Lesen ‘L’ di mana-mana cawangan JPJ atau Pejabat Pos berhampiran dengan tempat anda dalam tempoh 2 tahun. Sekiranya melebihi 2 tahun, anda perlu memulakan kursus teori sekali lagi bermula dengan kursus teori (KPP-01) dan ujian komputer.


Tidak boleh memandu sendirian melainkan ada guru pengajar di sebelah anda. Untuk lesen motor/superbike, anda boleh menunggang sendirian tanpa ada penumpang di belakang anda.


Selepas anda datang ke kelas KPP selama 6 jam, berjaya lulus ujian komputer, anda akan diberikan lesen L setelah membuat bayaran kedua pada hari pertama kelas praktikal bermula.


Boleh tiada masalah. Anda boleh datang ke kampus kami untuk membuat pendaftaran. Harga diskaun akan diberikan pada pemegang lesen ‘L’. Sila bawa kad pengenalan, lesen ‘L’ anda dan surat perlepasan (jika ada)


Kampus Subang – Setiap Hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang

Kampus Puchong – Hari Jumaat (2 minggu sekali) dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang

Ya boleh. Anda boleh buat Ulangan Ujian Praktikal JPJ TANPA HAD dengan PERCUMA. Tiada cas tambahan dikenakan dengan Pakej Sehingga Lulus.

Boleh tiada masalah. Boleh datang ke kaunter pendaftaran kami untuk book tarikh yang sesuai.

Lesen kereta (D/DA) – RM900 + RM54 (6% SST)
Lesen Motor (B2) – RM350 + RM21 (6% SST)

  • PERCUMA Kelas Praktikal bahagian Litar atau Bahagian Jalanraya (4 Jam)
  • Percubaan Ujian Semasa (QTI) : + RM100 (Rayuan JPJ tidak perlu buat)
  • Kelas Tambahan : + RM300 (2 jam)
  • Bukan Pakej Sehingga Lulus

Setelah anda lulus Ujian JPJ, tempoh proses untuk lesen ‘P’ siap mengambil masa lebih kurang 1 – 2 minggu.

Lesen ‘P’ tempoh tamat masanya adalah 1 tahun daripada tarikh tamat tempoh percubaan. Sebelum lesen ‘P’ anda tamat tempoh, anda boleh membuat penukaran/memperbaharui lesen ‘P’ anda ke lesen kompeten CDL (lesen penuh) hanya di kaunter JPJ. Bagi yang sudah ada lesen CDL (lesen penuh) boleh mempebaharuinya di pejabat pos atau kaunter JPJ.


Bagi Lesen P adalah setahun dan Lesen CDL adalah tiga tahun.

Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan melalui online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja. Lesen memandu tamat tempoh adalah melibatkan:

  1. Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi 1 tahun
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
  3. Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun

    Cara-Cara permohonan boleh klik link ini – Cara renew lesen memandu

Jika anda mengalami simptom buta warna

1. Pergi ambil borang permohonan lesen untuk Buta warna di Kaunter JPJ. Anda perlu memberikannya kepada doktor anda untuk mengisi maklumat.
2. Rujuk doktor mata (pakar mata). Anda boleh pergi ke Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta yang berdekatan.
3. Doktor mungkin akan menggunakan Carta Ishihara (carta 12 warna) untuk menguji kebutaan warna anda. Carta ini serupa dengan ujian JPJ yang anda lakukan. Mereka juga akan menguji jarak penglihatan 23 meter anda.
4. Ambil borang yang telah di isi dan serahkan kepada JPJ
5. Anda kini boleh melepasi ujian buta warna dan mengambil semula ujian 50 soalan. (anda boleh mengambilnya semula selepas beberapa hari)

Umur tiada penghalang asalkan anda 16 tahun dan ke atas. Sihat dari segi tubuh badan dan masih boleh membaca.

Tiada masalah. Tetapi jika kandungan anda sudah melebihi 7 bulan, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor di tempat anda checkup bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

Jika anda mempunyai saman sama ada saman polis atau saman JPJ, tiada masalah untuk anda mengambil lesen selagi saman anda tidak blacklisted. Kami sarankan anda untuk setelkan saman anda dahulu bagi memudahkan proses  untuk dapatkan lesen anda tidak tersangkut dan lambat.

Di Metro Driving Academy, kami mempunyai 3 orang guru pengajar wanita jadi anda boleh mohon untuk memilih guru pengajar wanita yang anda mahu.

Boleh tiada masalah. Anda perlu dapatkan borang pengesahan dari doktor. Klik di sini untuk Borang Pemeriksaan Kesihatan OKU

Ada. Kami ada menyediakan Pakej Refresher Course.

Refresher Course : RM300 + 6% SST

  • Caj ini termasuk 2 JAM sesi Latihan + Penggunaan Kenderaan Latihan + Jurulatih Memandu + Penggunaan Ruang Litar untuk Latihan
  • Pengangkutan ke kampus kami tidak disediakan
  • Jumlah Jam bergantung kepada anda.

Boleh klik link in untuk info lanjut – Pakej Refresher Course

Ya ada. Kami ada lesen Vokasional GDL dan PSV. Boleh klik di sini Lesen Vokasional untuk info lanjut dan pendaftaran 

Anda boleh MUAT TURUN DI SINI Borang Permohonan Lesen vokasional (JPJ L8A) untuk tujuan pemeriksaan perubatan

Pembaharuan lesen memandu vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter JPJ.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk perbaharui lesen GDL anda:

  • Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja
  • Tidak disenaraihitamkan
  • Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun MUAT TURUN DI SINI BORANG JPJL8
  • Lesen memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.

Sediakan juga dokumen-dokumen di bawah untuk menyempurnakan proses pembaharui lesen anda:

  • MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan
  • Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan (Borang JPJL8)
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  • Bayaran RM20.00/tahun

Kami ada Lesen PSV E-Hailing khas buat pemandu yang inginkan lesen GRAB. Boleh klik link di sini Lesen PSV E-Hailing untuk info lanjut.

Lesen GDL (Goods Driving License) adalah lesen kenderaan barangan. Ia melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi. Antara lesen GDL (D) ialah Motokar Ringan BTM (Lori kecil, van berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg). Lesen GDL (E) pula ialah Motokar Berat Kejur (Lori Rigid) dan Motokar Berat Bersendi. Lori Bersendi yang termasuk di dalam kategori ini berat tanpa muatan (BDM) seberat 7500kg, berat maksimum kenderaan ialah BDM 44000kg termasuklah lori treler, lori tangki dan lori kontena.. Calon seharusnya memiliki Lesen Memandu Kelas E sebelum mengambil lesen Kelas GDL (E).

Manakala Lesen PSV (Public Service Vehicle) adalah lesen  perkhidmatan kenderaan awam. Ia lesen yang melibatkan pengangkutan untuk penumpang. Terbahagi kepada 3 jenis mengikut keperluan kenderaan iaitu PSV Van (D), PSV Teksi/Grab (E-hailing), dan PSV Bas (E). Calon memerlukan Lesen E Full terlebih dahulu untuk mendapatkan lesen PSV Bas (E)

Lesen Kelas E adalah lesen motokar berat BTM yang melebihi 7500kg. Antara lesen yang memerlukan Lesen Kelas E adalah Lesen GDL Motokar Berat Kejur & Bersendi dan Lesen PSV Bas. Tanpa lesen motokar Kelas E Full calon tidak layak untuk mengambil lesen PSV Bas (E) dan GDL Lori (E). Calon seharusnya memiliki Lesen Memandu Kelas E sebelum mengambil lesen Kelas GDL (E).

Tiada ujian komputer bagi lesen vokasional.

Untuk info anda, proses untuk mendapatkan lesen GDL adalah : 
– 1 hari kursus bersama Penceramah kami
– 1 hari untuk Ujian Bertulis bersama JPJ

Ya kita ada. RM800 + RM48 (SST 6%) Pakej Sehingga Lulus

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Lesen ‘H’ (Backhoe), sila whatsapp ZUHRAH ➜ 013-362 9915. Terima kasih

Tempoh matang mengambil lesen lori (GDL) adalah setahun selepas dapat lesen kereta CDL (lesen penuh). Hanya lesen kereta transmisi Manual (D) sahaja dibenarkan untuk mengambil lesen lori.