Buku KPP01 / KPP01 Book

MDA HANDOUT / BOOKLET

BORANG / FORMS

Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8A)

Borang JPJ L8A Baharu bagi tujuan permohonan / pembaharuan Lesen Vokasional. Syarat- syarat untuk memiliki lesen vokasional GDL atau PSV perlu ada pemeriksaan kesihatan (medical check up) terlebih dahulu. Bayaran maksima pemeriksaan kesihatan untuk seorang hanya RM80.00 – RM100.00 sahaja. Permohonan pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di mana-mana hospital atau klinik swasta/kerajaan yang diiktiraf berdekatan dengan anda. 

Borang Pembaharuan Lesen Vokasional (JPJ L8)

Borang Pembaharuan lesen memandu vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC dan Kaunter JPJ yang berdekatan. Antara dokumen lain yang diperlukan adalah resit bayaran pemeriksaaan doktor dan sekeping gambar berukuran lesen (latar belakang putih).

Borang Pemeriksaan Kesihatan Bagi Permohonan Lesen Memandu OKU

Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya. Syarat permohonan lesen memandu golongan OKU adalah sama seperti permohonan biasa. Walaubagaimanapun, golongan OKU diberi kemudahan dengan membenarkan mereka membawa kenderaan yang telah diubahsuai semasa ujian praktikal. Permohonan pemeriksaan kesihatan boleh dibuat di hospital kerajaan sahaja dibenarkan