Cara-cara mengambil lesen memandu

Genap umur 16 tahun sudah melayakkan diri kita memiliki lesen kenderaan di antaranya lesen motor B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc. Bagi lesen memandu kereta pula sama ada automatik mahupun manual syarat kelayakannya adalah genap 17 tahun manakala yang berhasrat ingin memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun ke atas.

Di Metro Driving Academy, kami menawarkan pakej sampai lulus untuk kesemua jenis lesen. Antara kelebihannya adalah:-

Cara - cara mengambil lesen lesen memandu di Metro Driving Academy

Langkah 1. PENDAFTARAN : Daftar di Kaunter Pendaftaran Metro Driving Academy atau juga menerusi website Metro Driving AcademyPengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

Langkah 2. KURSUS KPP : Kursus KPP di Metro Driving Academy diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari sabtu & ahad manakala untuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

etika-pakaian

Langkah 3. UJIAN KOMPUTER : Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50.  Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di Metro Driving Academy.

Langkah 4. LESEN L : Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

Langkah 5. KPP 02 : Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

Langkah 6. KPP 03 : Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

Langkah 7. UJIAN QTI : Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal. 

Langkah 8. UJIAN PRAKTIKAL JPJ : Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ yang diadakan setiap hari khamis bagi Kampus Subang dan hari jumaat bagi Kampus Puchong. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal. 

Boleh daftar online disini bagi pakej kereta DAFTAR ONLINE KERETA dan pakej motor disini DAFTAR ONLINE MOTOR. Untuk Superbike pula di sini  DAFTAR ONLINE SUPERBIKE.

Comments

comments

38 thoughts on “Cara-cara mengambil lesen memandu”

  1. Im sorry, just want to ask, if i want to change my driving institute to metro but only want to re-test the kpp02 , how much do i have to pay?

  2. Tukar ke gear 2 sekiranya bergerak stabil m-m, kemudian tukar ke gear 3 sekiranya kereta begerak m-m, tukar ke gear 4 sekiranya kereta begerak m-1m dan seterusnya tukar ke gear 5 sekiranya anda memandu dalam keadaan jalan raya yang baik dan selesa.

  3. jitina agang @ elleanora agang

    saya pandai memandu tapi x lesen pernah ambil class computer tapi x lulus sbb computer rosak baru soalan pertama baru mau click terus keluar result gagal

  4. Good evening..

    Im from Meru Klang.

    How much for B2 lisence ya.

    Please contact me at 0178724101

    Thanks

    Regards
    Azizi

  5. Hi Metro team,

    Lesen motosikal mesti genap 16 tahun.
    If adik I bulan 12 baru genap 16 tahun, bulan 1 dah boleh ambil lesen ke?

  6. Saya memiliki lesen L bagi B2 dan lesen L bagi D.Klau saya nak cancel lesen L bagi B2 tersebut boleh x??Maksudnya saya cuma ada lesen L bagi D..

  7. Nurul Izzati idris

    Saya belajar memandu & test jpj di sekolah memandu lain…test gagal…blh ke klu Saya nak test jpj di metro ni?…APA perlu Saya buat?

  8. Tuan Mazlinna Tuan Malek

    Hello, I already have a Lesen Belajar Memandu for Auto driver’s licence issued in Kuantan recently, but I would like to know if it is possible to change driving schools because I am now based in Kota Damansara. Thank you.

  9. Samina bte Hussin

    Anak saya belajar perubatan di India. Akan balik bercuti selama sebulan. Adakah pihak akademik tuan mempunyai kursus khas dalam jangka masa pendek untuk mereka yang kesuntukan masa?

  10. Hello! Someone in my Facebook group shared this website with us so I came to look it
    over. I’m definitely enjoying the information. I’m book-marking and will be tweeting this to my followers!
    Great blog and terrific style and design.

  11. Hiya very nice web site!! Man .. Excellent .. Wonderful
    .. I’ll bookmark your site and take the feeds also?
    I’m happy to find so many useful information here within the publish, we need work out extra strategies on this regard, thank you for
    sharing. . . . . .

  12. Hello! I know this is sort of off-topic however I needed to ask. Does managing a well-established blog such as yours require a massive amount work? I’m completely new to operating a blog however I do write in my diary daily. I’d like to start a blog so I will be able to share my personal experience and views online. Please let me know if you have any ideas or tips for brand new aspiring bloggers. Appreciate it!

    1. Hi, as for us Metro Driving Academy, we keep posting information that is benefits for our customers, or even people to understand more on certain topics. Maybe you can do the same, GOODLUCK!

  13. Pingback: Google

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *