Kebanyakannya mereka yang mengambil lesen GDL ini adalah dari pekerja-pekerja Syarikat yang ingin mendapatkan Lesen Memandu Vokasional GDL (Goods Driving License). Dengan mempunyai lesen Kereta Manual (D) tidak bererti anda boleh membawa semua jenis kenderaan. Ia adalah syarat yang paling penting untuk mendapatkan lesen GDL Vokasional. Tetapi perlu diingatkan bahawa hanya lesen kereta manual sahaja dibenarkan bukan lesen kereta automatik.
Secara ringkasnya lesen memandu vokasional adalah suatu lesen yang membenarkan pemandu membawa kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam. Lesen ini dikeluarkan kepada pemohon yang telah memiliki lesen memandu kompeten (pemohon lesen konduktor tidak disyaratkan memiliki lesen memandu) dan lulus dalam ujian kelayakan vokasional yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Hanya pemandu-pemandu yang memiliki lesen khas GDL sahaja yang boleh memandu kenderaan tersebut.
Syarat -Syarat Permohonan Lesen Vokasional
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D
- Berumur 21 tahun ke atas bagi lesen vokasional
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
- Lulus Pemeriksaan perubatan Borang JPJL8A
- Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
- Lulus dalam ujian teori
Jika pemohon mempunyai lesen memandu kelas ‘E’ dan ingin memiliki lesen GDL bersendi, anda perlu menjalani latihan amali dan lulus dalam ujian amali tersebut.
Bagi yang bukan warganegara Malaysia, JPJ melarang mereka mengambil lesen GDL. Ia hanya dikeluarkan kepada warganegara dan penduduk tetap di negera ini yang menggunakan kenderaan untuk berniaga manakala warga asing hanya akan diberikan Lesen Memandu Kompeten (CDL) untuk melayakkan mereka memandu.
Dokumen yang diperlukan
- Kepingan fotostat Kad Pengenalan
- Kepingan lesen memandu
- 2 Keping gambar passport (berlatar belakang putih)
- Borang JPJ L8A lengkap (yang hendak di isi doktor)
- Resit doktor yang rasmi
Disini kami berikan beberapa langkah mudah dan cepat dengan hanya 3 minggu sahaja proses untuk mendapatkan lesen vokasional GDL.
Langkah 1 : Download borang JPJL8A di website kami metrodriving.com.my
Langkah 2 : Buat medical check up di mana-mana hospital atau klinik swasta/kerajaan yang diiktiraf dengan menggunakan borang tadi. Simpan resit doktor sekali setelah selesai untuk bukti pendaftaran.
Langkah 3 : Hubungi pengawai pemasaran atau datang ke kaunter Metro Driving Academy untuk pendaftaran dan pembayaran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
Langkah 4 : Hadir Ceramah Teori ( 7 jam). 5 jam Kursus Teori Metro Driving Academy dan 2 jam untuk Kursus Teori JPJ.
Langkah 5 : Dikehendaki menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus, dan markah lulus 42/50.
Langkah 6 : Bawa Dokumen Lulus ujian untuk proses membuat lesen GDL di Metro Driving Academy
Apabila ujian lisan GDL anda lulus, anda layak mengambil lesen ujian memandu Lori, (Jenis kelas E)
permandangan hari ini cantik
hari ni memang cantik dan indah
sy org sabah..di sabah xda lesen pon boleh bwk lori besar..yg sy nk tau..klu sy pdai bwk semua dr motor spai lori atas 3ton..semua sy boleh..lesen jer xda..boleh ke klu nk amek lesen jadi cepat klu sy dh mmg pdai bwk semua
Admin MDA, jika saya ingin membawa van untuk membawa peralatan syarikat (barang² kecil), perlu kah saya mengambil lesen GDL?
berapa total untuk gdl?
saya nk tanya kalau dah ada lesen E full boleh ke ambik GDL E bersendi terus atau kena ambik
GDL E kejur dahulu?..berapa pulak kos untuk ambik lesen GDL E bersendi dan berapa pulak kos untuk GDL E kejur?
D dan E tapi masih belom ada lesen gdl, saya ada masalah rabun warna jadi layakkah saya untuk mengambil lesen gdl?
Kalau nak ambil E1 @ E2..perlukan amali juga ke?
Berapa estimate bayaran utk buat lesen gdl ini sampai.lulus
D dan E tapi masih belom ada lesen gdl, saya ada masalah rabun warna jadi layakkah saya untuk mengambil lesen gdl?
dia takde test jpj ke min mcm kereta tu ? teori je dah dpt lesen ke ?
Halo. Wakil boleh tolong membaharui lesen gdl? Documents sudah complete. Cuma tak ada masa pergi jpj.
Kursus GDL ada hari2 ke?
Berapa anggaran harga ye utk Gdl
macam mana nk ambik lesen e1 atau e2
Kalau pemohon ada saman tertunggak dengan JPJ masih boleh ke ambik GDL?
Salam.. Ada x contoh2 soalan teori GDL yg akan dikeluarkan. Sy ingin cuba menjawapnya. Tk
Takde gdl tak boleh ambil lesen lori (kelas E) ke ?
Berapa harga untuk lesen GDL?
Berminat..pakej ade lagi?
Hrap2 lulus ujian teori ni hari.
Hello metro nak tanya sekarang nak ambil van lesen GDL, I nak tanya apa dokumen nak bawa, terori berapa jam, harga berapa semasuk jpj dan exam terori
Nak tahu berapa Kos pembayaran utk ambulance learn gdl?
Warganegara indonesia yg nikah dengan warga malaysia boleh gdl x?
Berapa kos untuk ambil lesen GDL?
Pricing for GDL license how much?
boleh saya tah berapa kos bayaran utk amik lesen gdl?
Untuk GDL E kejur perlu ujian atau kursus sahaja?
Berapa harga untuk GDL E kejur?
Hi, E kejur hanya masuk khursus dan Ujian Bertulis sahaja. GDL E KEJUR berharga RM 500.
Alhamdulillah 2x repeat br lulus..
Sy ade mslah. Lesen D sy dh tamat 2tahun lps. Nk renew kt pjbt pos xle.die sruh g jpj. Sy try check online N nme sy dh disenarai hitam sbb sy ad 1saman blum byr.lesen gdl sy pulk dh lbih 5tahun so sy rse baik sy amk baru je.
Bole bgtau step yg pling sng utk sy dptkn lesen GDL sbb sy btl2 m’mrlukannye
Hai, Utk lesen D, awak boleh pergi JPJ utk apply rayuan utk renewkan lesen, jika permohonan lulus awak akan dikehendaki membuat JPJ bahagian 2 & 3 dan barulah awak boleh dpt balik lesen D awak, Bagi GDL D pula, awak haruslah ad CDL D terlebih dahulu dan selesaikan saman awak.. dua tu dah selesai. baru awak boleh buat GDL D.
Kalau pandai bawa kapal terbang pun, kalau tak ada lesen kena saman juga, jadi ikut peraturan, kena ambik lesen macam orang lain, kena lalui ceramah teori dan ujian teori kena lulus..
Betul tu abu. Dari bersusah payah kena bayar saman berkali2, baiklah spend utk lesen..
Saya sudah ada GDL tetapi sudah mansuh pada
Tahun 1996. Apa kah isyaratnya jika saya mau membaharui GDL tersebut, pada tahun ini.?.
Hi Muris, Anda kena ambil lesen GDL baru. Kena dengar ceramah dan buat ujian lisan bagi mendapatkan lesen GDL..