Banyak yang menanyakan mengenai hal ini didalam social media kami, dengan ini saya merungkaikan prosedur-prosedur dan sedikit info untuk anda yang kurang tahu mengenai hal ini.
Permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh boleh dilakukan melalui online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri/Cawangan sahaja. Lesen memandu tamat tempoh adalah melibatkan:

  1. Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi 1 tahun
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi 3 tahun
  3. Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV) melebihi 3 tahun

Cara-Cara Permohonan

  • Secara Manual

    – Permohonan Rayuan boleh dilakukan di Kaunter JPJ Negeri/Cawangan & Bahagian Perlesenan Pemandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.
    HARUSLAH kemukakan Salinan Kad Pengenalan/Passport & Lesen Memandu.
    Keputusan Permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ Negeri/Cawangan atau dicetak secara ‘ONLINE’ selepas 14 hari dari tarikh Permohonan.
    (14 waktu berkerja ya semua!)

  • Secara ‘ONLINE’

    – Membuat permohonan secara Transaksi Dalam Talian (ONLINE) melalui laman web JPJ iaitu :-

  • http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-rayuan-lesen-memandu-tamat-tempoh
  • – Lengkapkan Butir-Butir Permohonan dalam Borang Online
    – 
    Keputusan Permohonan boleh disemak melalui mana-mana JPJ Negeri/Cawangan atau dicetak secara ‘ONLINE’ selepas 14 hari dari tarikh Permohonan.
    (14 waktu berkerja ya semua!)

INFO:- 
Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan/menolak permohonan rayuan. 

  •  Sekiranya berjaya, pemohonan dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II & III

  • Jika permohonan tidak berjaya, maka pemohon dikehendaki memohon lesen memandu sepertimana prosedur biasa (ulang dari KPP-01).

*Pastikan saman-saman anda yang telah disenarai hitamkan dijelaskan sebelum anda memohon. 

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *