Cara-cara mengambil lesen memandu

Genap umur 16 tahun sudah melayakkan diri kita memiliki lesen kenderaan di antaranya lesen motor B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc. Bagi lesen memandu kereta pula sama ada automatik mahupun manual syarat kelayakannya adalah genap 17 tahun manakala yang berhasrat ingin memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun ke atas.

Di Metro Driving Academy, kami menawarkan pakej sampai lulus untuk kesemua jenis lesen. Antara kelebihannya adalah:-

  • Tempoh Kursus - 7 hingga 10 minggu*
  • PERCUMA - 3x Percubaan Ujian Teori / Komputer
  • PERCUMA - Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had
  • PERCUMA - 2x Ulangan Latihan Praktikal
  • PERCUMA - Insuran PA RM20,000
  • PERCUMA - Pengangkutan dari Stesen LRT Terpilih

Cara - cara mengambil lesen lesen memandu di Metro Driving Academy

Langkah 1. PENDAFTARAN : Daftar di Kaunter Pendaftaran Metro Driving Academy atau juga menerusi website Metro Driving Academy untuk dapatkan diskaun RM100 daftar secara online. Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

Langkah 2. KURSUS KPP : Kursus KPP di Metro Driving Academy diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari sabtu & ahad manakala untuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

etika-pakaian

Langkah 3. UJIAN KOMPUTER : Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50.  Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di Metro Driving Academy.

Langkah 4. LESEN L : Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

Langkah 5. KPP 02 : Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

Langkah 6. KPP 03 : Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

Langkah 7. UJIAN QTI : Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal. 

Langkah 8. UJIAN PRAKTIKAL JPJ : Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ yang diadakan setiap hari khamis bagi Kampus Subang dan hari jumaat bagi Kampus Puchong. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal. 

Boleh daftar online disini bagi pakej kereta DAFTAR ONLINE KERETA dan daftar online disini bagi pakej motor DAFTAR ONLINE MOTOR.

Comments

comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *